Friday, March 9, 2012

09/03/2012 - A Day To Remember

Assalamualaikum. Okay, dah lama gila tak bukak blog sendiri. Hari ni aku nak tulis something yang berlaku kat aku ngan Alif. Kenal Alif Asyraf? Alah, pengawas yang jaga bas sekolah setiap hari tu. Tak kenal? Tak kenal boleh jalan....

Okay, hari ni last paper for March test, iaitu ICT. Subject ni ambik kat lab. Setelah sesi menjawab soalan yang menyenangkan, exam habis sejam awal. Then, balik kelas. Masa balik kelas, tengok budak budak main gitar. Aku pun join sekali, sebab ada gitar aku sekali kat situ.

Then, guess what? My crush ada kat luar kelas aku. Dia teman Sue Rafe jumpa Alif. Ya Allah, excited nya aku. Melompat aku keluar kelas. Nama crush aku ni, takyah lah tanya kan, korang bukan kenal pun. Tapi, dia memang cun. Best gila borak dengan dia. Dulu, sama kelas ngan dia, setiap hari jumpa, tapi aku senyap je. Aku tengok dia biasa je. Sejak dah terpisah kelas ni, aku tengok dia ni makin lama, makin cun pulak. Terus ngorat. Rugi bai tak ngorat dulu-dulu. Dia cakap dia single, lagi lah aku happy.

Masa tu, hidup aku happy lagi. Cikgu Mahadi datang, terus rampas gitar kitorang. Terus aku rasakan saat indah aku musnah. Dia bawak gitar kita masuk bilik Wong Tok Mu. Ayah aku cakap, Wong Pendek. Haha, kelakar ayah aku ni, happy birthday ayah (hari ni hari jadi ayah aku). Wong pulak, taknak pulang gitar kitorang. Mahadi punca! Tau tak? First seumur hidup aku, aku tengok Alif merayu kat cikgu. Sampai serak suara romeo tu. Regret gila lah dengan apa yang terjadi ni.

Satu perkara yang buat aku regret, sikap Wong yang racist dan diskriminasi pihak sekolah terhadap kelas 5SC6. Bukan aku tak tahu, kelas kitorang ni dah kena banned, jadi buah mulut cikgu, dan selalu diperbesarkan kalau ada buat silap. Aku ngan Alif ni kan 5SC6, jadi kitorang pun kena tempias.

Tapi aku kesian kat Alif. Cikgu Mahadi cakap, jangan sampai dia bagitahu Cikgu Norhuda (cikgu pengawas). Masin bai mulut cikgu. Bukak pintu pejabat, terserempak dengan Cikgu Norhuda. Kantoi gitu je Alif. Sebagai pengawas berjawatan tinggi, malu dia. Tercalar reputasi dia. Aku okay je, aku pelajar biasa.

Masa balik, lama gila tunggu Wong kat pejabat. Alif cakap, kena faham, dia muatan berat, jalan lambat. Haha, jahat gila ayat. Tapi, membazir gila. Sia-sia tunggu lama, dia tetap taknak bagi gitar kitorang. Damn Damn Damn you!

So, balik gitu je lah, dengan hati yang luka. Berakhirlah episod romeo dan rockstar. Tragic ending.

Okay, that's all for today. Cuti seminggu ini bermula malang. Friends, have fun on your holiday. Goodbye, Assalamualaikum