Assalamualaikum semua. Hari ini 25 Oktober 2011, hari Selasa. So, hari ini aku nak buat post pasal 'Mengapa Harus Cinta?'. Mesti semua orang tahu akan apa itu cinta, dan bagaimanakan rasanya apabila bercinta, kecuali mereka yang tak pernah bercinta. Seperti yang pernah dikatakan, wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki, jadi wanita seharusnya berusaha menjaga hati lelaki itu dari dilukai. Jadi, di sini aku akan tulis serba sedikit yang aku tau pasal Cinta dan apa saja yang berkaitan dengannya.
MENGAPA HARUS CINTA?
-Ok, lagu ni akan jawab
JENIS CINTA/JODOH
-Jodoh dari Allah
.Jodoh dari Allah ialah cinta yang datang tanpa paksaan, yang didorong oleh beberapa faktor yang tidak diketahui, dan boleh datang bila-bila masa sahaja, bergantung kepada perancangan Allah. Dan, cinta seperti ini ialah cinta yang diredhai dan dijalan yang benar.
-Cinta kepada Allah
.Cinta ini pula, cinta kepada Tuhan pencipta sekalian alam dan isi-isinya. Caranya mudah, kita hanya perlu meluangkan masa seketika dalam hidup kita bagi mendirikan solat, membaca al-Quran, melakukan amal ibadat, kebajikan, dan melakukan semua ibadat tersebut dengan seikhlas hati. Kita juga digalakkan untuk sentiasa mengingati dan memohon pertolongan dari Allah. Dengan cara itu, kita akan lebih rapat dengan Allah.
-Jodoh dari Syaitan
.Jodoh dari Syaitan merujuk kepada jodoh yang datang menerusi sihir, yang menjurus ke arah khurafat dan syirik. Sebagai contoh, menggunakan minyak guna-guna, minyak dagu untuk membuat seseorang tertarik kepada kita. Inilah yang dikatakan jodoh yang menggunakan pertolongan jin dan syaitan. Cinta seperti ini selalunya tidak kekal lama kerana cinta seperti ini jelas jauh menyimpang dari landasan agama.
-Cinta kepada Syaitan
.Weh, kalau boleh, tolong la elakkan benda ni. Memang natang la kalau buat benda-benda macam ni. Tengok tajuk pun dah rasa lain macam je kan. Cinta kepada syaitan, bermaksud meninggalkan segala larangan Allah demi memuaskan hawa nafsu sendiri. Ye la, sebab nafsu menguasai diri, ditambah pula hasutan iblis syaitan laknatullah tu, memang hancur la. Sebagai pendinding diri, kita kena la banyak berdoa dan sentiasa mengamalkan membaca ayat-ayat tertentu bagi mengelak gangguan iblin syaitan. Tapi, ayat yang aku ckp ni bukan ayat jampi tok bomoh tu, tapi ayat-ayat suci al-Quran.
KESAN CINTA
-Ok, sebenarnya, kesan cinta ni banyak, dan bergantung kepada penerimaan individu itu terhadap cinta.
-Antaranya ialah:
1. Sanggup tak mandi sebab asyik layan orang yang kita minat kat facebook
2. Sanggup tak makan sebab nak simpan duit beli top-up
3. Sanggup buat perkara bodoh semata-mata orang yang kita minat tu suruh buat
4. Sanggup belanja orang yang kita minat benda mahal-mahal
5. Sanggup tipu bini semata-mata nak bersama awek baru
6. Sanggup curang dengan suami sebab nak dating pakwe baru
7. Sanggup berhenti rokok sebab awek suruh
8. Yang ni paling teruk, sanggup bagi maruah diri, konon bukti cinta. Dah dapat, blah
SEBAB JATUH CINTA
-Benda ni pun, sebenarnya atas orang jugak. macam-macam perkara boleh menjadi punca kita bercinta dengan seseorang. Antaranya:
.KESIAN. Orang tu dah banyak hadapi kesusahan, jadi kita tolong dia dengan kahwin
.KAGUM. Orang tu pandai dalam sesuatu bidang, best jugak dapat kahwin dengan dia
.UGUT. Kalau tak kahwin dengan dia, nanti keluarga kucar-kacir
.PAKSA. Mak ayah jodohkan kita dengan anak kawan diorang
.BALAS BUDI. Orang tu dah banyak tolong kita, kahwin dengan dia untuk balas budi
.ENTAH. Tak tau kenapa, tiba-tiba jatuh cinta. That's what we call 'TRUE LOVE'
.PARAS RUPA. Jatuh cinta sebab orang tu cun, cute, hensem, atau kacak
.KEPERIBADIAN. Jatuh cinta sebab diri sebenar orang tu, bukan paras rupa
-Aku just nak cakap, selama ni, aku tak pernah lagi jatuh cinta sebab perempuan tu cun, cantik, cute, kaya atau market. Jujurnya, bila aku jatuh cinta pada seseorang, mesti aku suka keperibadiannya, sikapnya, gayanya, perawakannya dan aku suka siapa diri sebenar perempuan tu. Kira perempuan tu hanya perlu menjadi diri sendiri unuk tarik perhatian aku. JUST THE WAY YOU ARE
APABILA DAH BREAK/CLASH
-Typical teenage couples, bila couple je, semuanya sweet, sampai semua yang diorang buat semua dirasakan betul. Panggilan pun manja-manja belaka. Sayang la, Baby la, Comel la, Bie la, macam-macam. Ada satu kes tu, baru form berapa, dah koya panggil mama-papa dah. Then, baru beberapa bulan, clash bodoh je. Tak malu ke? Dulu dok agung-agungkan cinta korang, pastu clash bodoh je. Takde rasa nak tanam muka dalam tanah ke? Bila dah clash, SAYANG jadi NATANG, BABY jadi BABI. Panggil dengan semua nama panggilan yang teruk. Mana harga diri kau?
-Macam aku, walaupun dah clash, tapi aku rilek je, takde pun gaduh-gaduh ngan ex aku. Elok je panggil macam biasa. Sekurang kurangnya, mulut aku ni takde lagi terlepas perkataan BANGANG, ANJING, NATANG, SIAL, BABI ke apa ke kat dia. Tetap saya-awak je dengan dia. Biar la tak cun ke, tak market ke, sekurang kurangnya kita menjaga adab sopan dan menjaga tatasusila. Apa bangang couple zaman sekarang.
HIDUP DENGAN AWEK VS HIDUP TANPA AWEK
-Memang banyak beza bila ada awek dengan takde awek. Kalau dah terbiasa ada awek, tiba-tiba takde awek, masa tu kita akan mula terasa kelainannya. Aku tau, aku pernah merasakan yang sama.Hidup ada awek memang best, sebab kita sentiasa rasa diinginkan, diperlukan, disayangi dan ada orang ambik berat. Bila dah takde awek, semua tu dah takde la. Takde orang nak, takde orang sayang, takde orang ambik berat. Hmmmm
KESIMPULAN
-Manusia dijadikan berpasangan dan setiap kita dijadikan dengan pasangan masing-masing. Janganlah kita buat bodoh dan bangang dengan menolak jodoh. Lain kali, kalau ada sapa-sapa ajak bercita tu, terima je la, mana tahu dia la jodoh yang tepat untuk kita. Kalau kita tak bagi peluang kat seseorang tu untuk mengenali kita, sampai bila pun kita takkan dapat menilai setakat mana kejujurannya dalam perhubungan.
This post was inspired by my ex-girlfriend. Last night chat with you was awesome as usual. You're my inspiration. You're the best girl ever I know. I don't know if I can find someone like you or better than you in my life.
This lyric is special for you :)
Everytime I think I'm closer to the heart
Of what it means to know just who I am
I think I've finally found a better place to start
But no one ever seems to understand
I need to try to get to where you are
Could it be, your not that far
You're the voice I hear inside my head, the reason that I'm singing
I need to find you
I gotta find you
You're the missing piece I need, the song inside of me
I need to find you
I gotta find you
Hey my ex-girlfriend, thanks for being such a great best friend and great girlfriend. 2 years is not a short time. Anyway, thank you for everything. :) I LOVE YOU
No comments:
Post a Comment