Monday, November 28, 2011

Kebodohan, Kejahilan, Keinsafan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian (kalau ada pembaca la)

Hari ni, aku rasa macam nak buat post pasal 'Keinsafan'. Entah la, aku rasa macam patut je aku tulis, dan perkara dalam post kali ni berkaitan dengan aku. Kalau ada orang terasa, aku mintak maaf.

Ok, sebenarnya, aku ni taklah baik sangat, rasanya tak baik terus, tapi aku taklah jahat sangat. Aku mengaku, kadangkala aku berlakon je buat baik. Kiranya, sometime aku ni fake la jugak, tapi tak selalu. Aku juga punyai perasaan, kasihan, dan simpati, kerana aku juga manusia biasa, tiada bezanya dengan manusia lain dimuka bumi ini. Tapi, rasanya aku tak mampu menilai diri aku sendiri. Sebab, bila kita menilai diri sendiri, kita akan jadi tak adil, kita akan menangkan diri sendiri. Mana ada orang nak fikir negatif diri sendiri kan. Jadi, orang yang rapat dan kenal kita lama boleh jadi penilai yang baik. Hal ini kerana, kadangkala kita akan keluarkan sifat baik dan sifat buruk kita tanpa kita sedari.

Ok, back to the story. Aku sedar, dalam hidup ini, aku dah banyak buat silap. Ye lah, adat la, manusia biasa, setiap hari buat silap. Jadi, aku pun tak terlepas dari membuat silap. Walau kita control macam mana pun, kita pasti akan buat silap, walaupun sekali.

Kisah lalu aku mengingatkan aku kepada kesilapan bodoh aku. Kalau dah bodoh, jahil pulak tu, memang la kita tak sedar silap kita. Aku mengaku, aku agak jahil dalam bab agama, sebab tu aku nak berusaha perbaiki silap aku ni, supaya hidup aku tidak musnah gara-gara terjerumus dalam perihal duniawi sehingga aku melupakan perkara ukhrawi yang lebih penting tu.

Semuanya bermula kerana aku tak puas hati. Tak puas hati sebab result exam aku ni teruk. Mula la aku menyumpah seranah result aku tu.

Aku pun keluarkan statement bodoh kat facebook. Aku buat status bodoh yang berbunyi 'Kenapa perlu belajar? Tak penting pun. Agama je penting, subjek lain tu mengarut je.' Then, ada beberapa orang comment dan like. Masa tulis tu, aku rasa bangga gila, konon-konon cool la tulis macam tu. Tapi, aku tak sedar langsung masa tu, status aku tu bodoh dan jahil. Bila aku tulis tu, aku hanya fikirkan perasaan aku je, aku dah tak fikir pasal agama. Aku lupa satu perkara. Ianya tentang agama aku sendiri. Agama aku Islam, dan Islam menyeru dan menggalakkan semua umatnya supaya berebut dan berlumba untuk belajar, supaya menjadi pandai, tapi kenapa aku pertikaikan kenapa aku perlu belajar? Nampak sangat kejahilan aku. Sumpah aku insaf sangat, bodoh betul aku masa tu. Aku fikirkan satu perkara je masa tu, dan aku tahu orang lain pun fikir pasal ni. The thing is, aku fikir 'Buat apa belajar semua tu? Nanti kita mati, malaikat tanya perihal agama je, malaikat takkan tanya Maths, AddMaths, Kimia, Fizik, Bio, Account, ICT, LK semua tu. Jadi, macam tak patut je belajar benda yang takkan ditanya.'

That time, aku rasa aku sorang je betul, benda lain semua salah. Kalau dah jahil, betul salah semua sama je, takde beza. Tapi, aku tahu semua benda yang kita belajar tu semuanya bersebab. Mestilah ada sebab kenapa kita belajar, kan. Takkan saja-saja je belajar, memenuhi masa lapang? Rupanya, aku tahu, suatu hari nanti, bila aku dah dewasa, aku akan perlukan segala ilmu yang patut aku belajar di sekolah masa nak kerja nanti. Tanpa kerja, macam mana aku nak tanggung keluarga? Kalau setakat cinta je, tapi tak mampu tanggung anak bini, keluarga takkan bahagia jugak. That's why ilmu itu sangat penting.

Aku bersyukur kerana aku baru 16, yang bermakna aku masih punya masa untuk betulkan kesilapan aku yang lalu dan menjalani hidup baru yang lebih bermakna. Aku cuma taknak, bila aku dah dewasa, hidup aku tak menentu, baru aku nak fikirkan semula zaman remaja aku yang tunggang langgang ni. Aku taknak jadi macam tu, aku takut. Aku taknak anak bini aku tersiksa sebab hidup dengan orang yang gagal macam aku dewasa nanti. Sebab tu aku berazam nak akhiri semua mimpi ngeri ni dan mulakan hidup baru. Aku nak kenang zaman remaja aku sebagai masa yang hebat tetapi dalam masa yang sama aku tak hanyut. Aku taknak rosakkan diri aku sendiri. Tengok, walaupun aku remaja, tapi aku tak merokok, sebab aku taknak rosakkan diri aku dan menyesal suatu hari nanti.

Sebenarnya, bila aku fikirkan semua ni, aku rasa sebak, sayu je dalam sanubari aku. Aku rasa, dah banyak masa dalam hidup aku yang aku dah habiskan dengan perkara tak berfaedah. Aku sedih mengenangkan masa-masa yang terbazir macam tu je, aku rasa macam aku ni tak guna sangat je. That's why kadangkala aku menangis bila mengenang perjalanan hidup aku ni. Apa yang aku buat selama ni salah. Kebodohan dan kejahilan memakan diri.

Sebab tu la kadangkala, aku suka beri nasihat atau ceramah kat orang lain. Bukan aku nak tunjuk alim, tapi aku cuma taknak semua orang jadi rosak dan teruk macam aku ni. Cukup la aku je jadi macam ni, aku taknak orang lain musnah macam aku. Jadi, tolonglah, jangan jadi macam aku. Aku benci diri aku sendiri.

Akhir sekali, semoga post ni dapat bagi pedoman kepada korang semua. Aku insaf dengan apa yang berlaku kepada aku dan aku sangat-sangat taknak perkara ni berulang kepada orang lain. Jujurnya, aku tak sanggup melihat kehancuran orang lain. Kerana, aku berpendapat, semua orang layak hidup bahagia, asalkan mereka tak tersilap langkah dalam hidup ni.

Ok, itu je untuk kali ni, lain kali kalau ada masa, aku tulis lagi pasal benda lain. Ok, Assalamualaikum.

p/s: Original story by Abdul Hadi bin Abdul Rashid, owner of this blog. You'll never see this post on other blogs. If you see something like this, or same, they copied and pasted on their blog. Seriously, this is truly from my heart, and I don't lie about this. All the sentences, are from my brain. I think it myself. So please, do not steal my work

No comments:

Post a Comment