Saturday, January 14, 2012

Me and Silat

Assalamualaikum, haluuuuuu everybody. Baru baru ni, aku pergi perjumpaan Silat Olahraga sekolah aku. So, Cikgu Erny mengumumkan bahawa pertandingan mencipta logo silat untuk sekolah kita. So, aku dan Alif Asyraf dengan bangangnya decide yang kitorang nak masuk pertandingan ni. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran kami yang best ni. Hal yang demikian kerana kami dikenali kerana bakat dan minat kami dalam Photoshop dan Vegas.

The thing is, Alif lagi terer dari aku. So, aku rasa tercabar la sikit. Tapi, kitorang ni kawan sejak form 1, mendaftar di SABS pun hari yang sama, iaitu 28 Januari 2008, so sedikit sebanyak, aku rasa pertandingan ni akan menjejaskan persahabatan kami. So, aku cakap kat dia, 'kita mungkin kawan, tapi dalam hal ni, kita LAWAN' (sambil keluar effect anak mata berapi-api macam dalam tv tu.)

Jadi, kami pun mula la reka design yang kita rasa konon-konon cun habis. Masa aku design malam tu, dalam hati aku, 'design aku smart parok, Alif mesti kalah la'. Then, bila sampai sekolah, masa nak compare design kitorang, aku gamam. Dia punya lawa gila, siap print berkualiti lagi. Aku punya jauh lebih teruk. Down gila aku, rasa kerdil je diri ini.


alif first design :o

alif second design

balee, dah tentu aku kalah, sebab aku bawak yang buruk je. Tapi, itu hanya trick semata mata. Bukan design yang sebenar. Design aku punya.... HAHA


hadi 1st design

hadi 2nd design

hadi 3rd design

Bila tengok aku punya, rasa macam sama je semua design tu. Orang takde idea memang macam ni. Semua bulat, warna semua hitam putih ungu. Tapi, rasa macam best je kalau ada button macam ni kat tie silat aku.

And yes, my 'crush' also Silat, so it will be the best thing if she wear my created design button.

So, nanti kitorang nak hantar ni, dan terserah pada cikgu la nak tentukan siapa juara. Tapi, Alif ada 2 design, aku ada 3, so peluang lebih sikit la kat aku.

Tapi kan, camne kalau tiba-tiba kitorang kalah? That mean, ada orang lain yang hantar design lagi lawa. Memang kitorang lunyai kan budak tu la.

Ok, that's all for today. Semoga pertandingan ni tak jejaskan persahabatan kami.

'Apa yang penting, mesti bangga kalau semua orang pakai benda yang kita design. Nak nak kalau ada awek cun yang suka ke. Hehehe, aku Playboy lalala'

No comments:

Post a Comment