Assalamualaikum............ Hallloooooo
Ok, hari ni aku nak ajar cara yang betul bagi lelaki untuk mengorat perempuan yang korang minat. Ala, nak ngorat, tapi takde cara, kan?? Dengan best nya, aku nak share la petua dan cara yang betul untuk mengorat ni. Watch, learn, and take note.
1. Kenal pasti awek yang korang nak rembat/ushar/minat/korang pun tau kan
2. Dekati dia (jangan la bersentuh, dosa)
3. Kenali hati budinya terlebih dahulu, untuk pastikan korang tak tersalah pilih
4. Try to talk to her (borak2 la, berkenalan)
5. Gurau2 la sikit, cuba buat lawak ke, just untuk menarik minat dia
6. Lakukan sesuatu yang baik supaya dapat tarik perhatian dia
7. Buat dia rasa happy dan selesa, supaya dia akan sentiasa nak berkomunikasi dengan kita
8. Jadi sahabatnya yang paling akarab (kawan masa susah dan senang)
9. Jadilah pendengar masalah yang baik dan setia (supaya dia rasa dihargai dan ada teman berbicara)
10. Dengar masalah dia dengan baik dan jangan sesekali menunjukkan rasa bosan atau tidak berminat. Jangan sesekali cuba membantah atau memotong cakap dia semasa dia bersedih, perempuan takkan sukakannya.
11. Cuba la jadi jujur dengan diri sendiri dan diri dia. Jangan nak buat bangang dengan cuba menyembunyikan kekurangan diri, sembunyikan keburukan, kebangangan dan kejahatan kita dari nya. Biar la dia tahu kekurangan kita supaya mudah untuk dia menerimanya
12. Be nice to her. Penting kalau nak ngorat kalau tak buat ni. Muka hensem kalau perangai macam sial lebih baik pergi jahanam.
13. Suka lah kat dia kerana hatinya dan perawakannya, bukan kerana harta, rupa, pangkat, atau ke'market'an nya. Perempuan suka kalau kita suka kat diorang seadanya, kerana hatinya kerana bagi mereka, sayang yang sebenarnya memerlukan lebih dari paras rupa atau harta benda.
14. Sayangilah dia dengan tulus dan ikhlas. Jika kita sayangi dia dengan ikhlas, InsyaAllah, cinta kita akan berbalas. Malah, siapa tahu, kita dapat hasil yang lebih baik dari yang diharapkan
15. Jangan kedekut. Bro, muka hensem sekalipun, kaya macam mana pun, kalau kau kedekut dengan dia, tak pernah nak belanja dia, lebih baik kau tinggalkan dia lah. Memang kau ni boyfriend tak guna la kalau dengan awek sendiri pun nak berkira
16. Sentiasa jaga penampilan diri. Bro, aku tahu la kau tak hensem,tapi sekurang kurangnya, tolong lah jaga penampilan kau, demi awek kau. Kau tak malu ke kalau dia kena kutuk sebab dia cun, kau pulak tak smart?? Kau tak sayang awek kau yang cun tu ke?? Awek mana tak suka kalau pakwe dia hensem??
17. Jangan malukan dia atau merendahkan dia depan member2. Camni lah, korang kan member ramai, market pulak tu kan. So, korang takyah la buat bangang dengan malukan dia depan member korang. Apa, cool sangat la korang kalau boleh malukan awek sendiri depan member2?? Eh blah la, poyo la lu!!
18. Ambil berat pasal dia. Kalau dia mengadu sesuatu kat korang, cuba la layan seikhlas mungkin. Kalau ye pun korang tengah ada masalah gak dan taknak tolong dia, suruh la aku tolong dia. Korang ni pun bangang jugak. Nak kapel, tapi taknak cara, tak peduli, apa function korang?? Eh sedarlah, kalau korang kesusahan, korang akan cari awek korang jugak la. Jadi, tolong la dia masa dia yang kesusahan
19. Selalu buat kejutan romantik dan sweet yang cambest. Biasa la, lelaki kan sweet, contohnya aku la :P . Sekali sekala, bagi la hadiah ke, kad ucapan ke, apa ke, yang boleh buat dia rasa bahagia dan disayangi. Baru la korang di'cop' sebagai pakwe idaman
20. Buat dia rasa special, abaikan kekurangan dia, dan jadikan dia kelihatan seperti gadis yang paling hebat di mata umum. Awek korang komfem cair la kalau korang buat dia rasa dihargai dan hebat. Perempuan paling suka bila kita sanggup abaikan kekurangan dirinya dan menghargai kelebihan mereka. Hal ini kerana, tiada manusia yang sempurna kan??
21. Lastly, puji la dia selalu. Lumrah kehidupan, perempuan memang suka kena puji. Tak kira macam mana teruk pun perempuan tu, dia tetap akan suka mendengar pujian terhadap dirinya. Kalau awek korang cun, slim, cute, korang ckp la 'awak ni dah la cantik, slim, comel pulak tu. mana la saya tak sayang awak sangat'. Kalau awek korang tu tak berapa nak cun, korang tak perlu la hina dia, sebaliknya ckp la, 'awk, awk ni bukan la tak cun, bukan tak comel, tp saya sayang awk kerana hati awk, bukan kerana rupa awk, jadi awk tak perlu la risau'. Amacam?? Sweet kan?? Sekurang kurangnya, dia tak la rasa diri dia tu hodoh atau teruk sangat.
Ok, la cukup dulu sampai kat sini. Aku pun dah malas nak bebel panjang, sebab aku pun dah takde idea ni. Lagipun, aku buat post ni bukan suka2, tapi aku dedicate post ni untuk seorang gadis yang agak special kot untuk aku. Post ini hanyalah sebagai panduan.
Ok, cukup sampai sini. See you in the next post. Ok then, i'm done
#This post is dedicated to someone I called, Fazariza. Whatever you do, i'm always by your side, with you no matter what happened, coz i'm your bro, right?? Remember that.
That's all, thanks a lot
No comments:
Post a Comment