Sunday, September 4, 2011

Kelebihan Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t kpd pembaca yg takde (ayat sama je, dah takde idea ke?)
woot woot, berakhir sudah bulan Ramadhan, bulan keberkatan dan bermula la bulan Syawal, dimana statistik menunjukkan ramai kanak2 kaya time ni dan ramai mak abah yg pokai. Begitu la hebatnya penangan bulan Syawal

Ok, disini saya, saya ni, ni la, Abdul Hadi, kalau tak kenal, maka tak cinta, akan meng-list kan senarai kelebihan bulan puasa bagi seorang yang hensem.

1. boleh berpuasa la kata ko
2. kurang tenaga utk buat dosa
3. boleh pergi terawih (bulan ni je ada, ko ada?)
4. banyak peluang utk buat pahala
5. org berebut nak buat amal kebajikan (terutama terhadap anak yatim)
6. boleh memahami perasaan dan penderitaan mereka yg miskin dan takda duit nak makan
7. boleh jimat duit takyah breakfast, lunch, dan tea time
8. ada sahur, berbuka, dan moreh sahaja
.....................................................................................

itu semua ayat bagi mereka yg mensyukuri bulan puasa seadanya, yg betul2 memanfaatkan bulan Ramadhan sebaiknya. ini pula kelebihan bulan puasa bagi org yg tak berapa nak memanfaatkan bulan puasa dgn kebajikan sebaliknya hanya mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri sahaja.

1. ada murtabak (yum-yum)
2. ada air tebu (OMG)
3. ada ayam percik ni ha, ayam golek pun ado (slluurrpp)
4. setiap kali berbuka dpt makan besar, makan best, org belanja
5. byk cerita best, terutama time sahur dan nak dekat raya dah. gila kau, Nur Kasih
time sahur tu
6. main mercun la derr.. time ni, memang ramai berebut nak masuk newspaper kes jari
putus, mata buta, pekak, melecur, dan segala yg best bagi diorang. gila kau, ketua
kampung paksa main meriam sbb tak puas hati dgn kampung sebelah, syok tu
7. biasa malam2, lepas terawih, mat rempit cam gua ni takde kerja lain, lain motor je
la. kadang2, terawih pun tak pergi, pasal taksub sgt dgn motor. lu org pun bukan
tak tau, gua drifter motor terbaik. cakap je jalan mana, semua gua penah excident
beb. sedangkan tempat excident lagi dikenang, ini kan pula tempat kena sama.
8. dpt kasut/selipar raya free (cilok kat masjid)

jadi, tu lah kelebihan bulan puasa bagi mereka yg benar2 mengharapkan keberkatan bulan Ramadhan dgn membanyakkan amal ibadat dengan mereka yg memang tak reti bahasa, suka bulan puasa tapi suka bukan sbb nak beribadat, tp sbb ada kerja haram nak dibuat. apa nak jadi dgn mereka ini? sampai bila fenomena ini akan berlaku? anda yg tentukan.

tak boleh ke diorang jadi mcm aku ni? tak mintak lebih, jadi mcm aku ni, hensem, baik, style, puasa, playboy, siap ada kwsp lagi, boleh jamin masa depan....

apa lagi nak tulis eh? sebenarnya, aku dah takde idea nak tulis apa ni. hmm, takpe la, aku stop sampai sini dulu yep.

sekian coretan utk kali ini, saya Hadi yg hensem melaporkan utk Astro Ceria.

Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat terkentut. babai, Assalamualaikum, peace yo!!!

p/s: saya sumbat

No comments:

Post a Comment