Saturday, December 31, 2011

Last Video For 2011

Assalamualaikum, okay aku nak post video kenangan 2011 aku dengan kawan kawan aku. Ni lah kenangan paling berharga bagi aku. Kawan kawan aku memang awesome. Tahun tahun aku ceria kerana mereka.



Guys, thank you sebab dah jadikan tahun ni best. Aku sayang korang. Tahun depan kita buat lagi gila dari tahun ni okay.

31 December 2011 - The Whole Year

Assalamualaikum. Hai, hari ni last 2011, agak sedih untuk tinggalkan tahun yang mencabar ni. Well, dah banyak benda yang terjadi sepanjang tahun ni.

1. Aku masuk form 4 - Aku decide nak belajar komputer. Alhamdulillah, aku dapat aliran ICT. Well, aku mengaku, subject ICT ni memang aku minat, dan aku tak stress belajar semua ni.

2. Classmate baru - Okay, aku rindu classmate aku form1-form3 sebab mereka orang yang sama. Tapi, classmate form 4 aku ni kira ok gakm sebab diorang akan jadi classmate form 5 aku jugak bermula 4 Januari 2012 ni.

Classmate form4-form5 ku:
LELAKI - Aku, Alif, Rayme, Buloi, Syahmi, Zimie, Black, Amin, Adam, Azri, Mubin, Kumid, Syahmi Shukri, Khali, Firdaus Faiz, Pian, Adlee, Wadie, Eizlan, Zharif, Zul, Jong, Madan

PEREMPUAN - Alya, Nisa, Tya, Jannah, Sarah, Ain, Faiey, Wei Man

3. Seminar Multimedia Pertama - Budak ICT pergi Kolej Universiti Shahputra. Krew Les Copaque datang. Upin Ipin boh. Ida Rahayu ada boh. Dialah suara Fizi tu. Lepas tu, ada Seminar Cyber Security. Memang best la pergi situ.

4. School Football - Okay, tahun ni aku berjaya main untuk team sekolah. Main untuk team under-16 sekolah. The best thing is, jersi nama sendiri tu. That mean, adalah satu jersi tu, belakang tertulis 'HADI 9'. Bangga tu. No 9 tu bersempena nombor Torres, player favourite aku.

5. Computer Skills - Tahun ni, aku main pro dengan multimedia. Setakat Photoshop tu, mainan je bagi aku. Vegas pun dah boleh. Kiranya sekarang ni, aku boleh edit gambar, video dan suara. Benda ni memang akan sangat berguna untuk aku.

6. Raja Lawak - Kalau sebelum ni, setiap tahun ada satu je pertandingan lawak, tahun ni ada 3. Raja Lawak 5, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega. The champions are Man (RL5), Sepah (ML), Osbon (MLM)

7. Sukan Sea - Malaysia menang bola. Ittu yang paling heboh tu. Penalti Baddrol Bakhtiar, captain under-23 dah bagi kita kemenangan. As a Malaysian, aku bangga.

8. Kemuncak Hidup Sekolah Menengah - Form 1 hingga Form 3, aku tak masuk apa apa benda pun. Tapi bila form 4, macam macam aku masuk. Pertandingan Video Merdeka Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Video UBK Peringkat Daerah (wakil Kuantan) dah banyak bagi aku pengalaman.

9. Break-up - Okay, hubungan yang dibina sejak 6 Julai 2009 telah berakhir pada 28 Julai 2011. Hubungan selama 2 tahun 1 bulan 22 hari tu berakhir tanpa diduga. Well, maybe takde jodoh dengan dia kan. Takpe, sekarang ni single, rasa macam sunyi sikit, tapi kira okay la, aku terlalu muda untuk semua ni.

10. Scandal and Crush - Tahun ni, banyak gila scandal aku :P haha. Ada je orang yang dikaitkan dengan aku. Taktau la kan, tapi rasanya, aku dah kena macam ni sejak form 1 lagi. Sejak form 1, sentiasa ada perempuan yang dikaitakan dengan aku. Pasal crush, aku memang ada crush tahun ni, hehe. Comel wooooo.. Rahsia la siapa kan. Tapi rasanya, ada orang dah tau

Okay, sampai sini je kot. Aku ada banyak lagi nak tulis, tapi aku dah tak berapa ingat. Kalau tulis belaka, kang panjang sangat pulak kan. So, the conclusion is, setiap tahun akan menjadi lebih bai dari sebelumnya. Sebab tu bila awal tahun, kita cakap 'i miss last year' dan bila akhir tahun 'this is the best year'. That's all for today and this year. Mulai esok, aku nak buat post pasal 2012 pulak.

p/s: Sorry kalau ada salah bahasa tahun ni maafkan aku. Korang dah bagi tahun aku menjadi tahun terbaik aku. Goodbye 2011, well hello, 2012. 2012 is gonna be my year

About 30 December 2011

Assalamualaikum. Okay, dah lama aku tak update blog bangang kesayangan aku ni. Takpe, bangang pun saya sayang.

Tanpa kita sedar, hari ni dah hari last 2011. Hari ni dah 31 Disember dah. Actually, semalam ada perkara yang terjadi kat aku. Sebab ia terjadi, jadi aku decide nak post kan benda ni.

Okay, the story begins......

Aku taktau pukul berapa aku tidur semalam, tapi masa aku cabut headset aku, aku tengok jam dah pukul 5.59 pagi. Then, aku terjaga bila mak aku kejutkan aku. Aku tengok jam, 6.38 pagi. What? Aku tidur tak sampai satu jam? Pergh, aku boleh jadi gila la macam ni.

So, mak aku paksa mandi, sebab nak pergi rumah nenek aku. Kau bayangkan, dah la tidur tak sampai satu jam, kena mandi pagi sebelum pukul 7 pulak tu. Rasa-rasa, ada potensi tak aku jadi gila?

Masa masuk bilik air tu, aku mamai je. Aku terhuyung hayang. Tapi, aku nak mengaku, aku tak mabuk, sebab aku tak minum arak ok. Aku minum air yang cute-cute je macam dutchLady,Nestle etc.

Kau tau la kan, air pukul 6 macam mana. Gila gigil aku mandi. Pernah tengok drama tv tak pasal penjenayah atau orang gila? Kan ada part bila dia mandi air sejuk dan dia terketar gila tu. Aku bayang diri aku dah macam tu la.

Tapi kan, bila aku pandang cermin, aku pun terkejut dan terfikir 'eh, kenapa dah macam orang gila dalam tv je? Oh wait, itu aku'

Then, masa nak berus gigi, aku tenung berus tu, buat muka marah. Pandang cermin 'fuh, hensemnya' haha, bongok aku ni.

Then, masa keluar bilik air, aku terkejut. Cepatnya aku sampai bilik tidur aku. Aku mengigau ke?Then, aku baru teringat, bilik air aku dalam bilik tidur. Aku lupa. :P

Dah siap pakai baju semua, solat, aku keluar bilik. Keluar je bilik, terus ada cerita Spongebob Squarepant. Then, pergi rumah nenek.

After that, aku biarkan sahaja semua perkara berlaku dengan sendiri.

Malam tadi, Final Maharaja Lawak Mega. Alhamdulillah, Osbon menang. Aku undi, mak aku undi 20. Habis gitu je RM10 dia.

Okaylah, that's all for this post. Goodnight.

p/s: sejak dah lama tak update blog, aku dah rasa awkward gila sekarang. Entahlah, gaya penulisan aku dah tak macam sebelum ni. So, aku kena cari kembali gaya penulisan lama aku tu. Jujurnya, aku rindu gaya aku dulu.

Tuesday, December 13, 2011

Fakta Filem Yang Hadi Reka, Tapi Benar

Assalamualaikum...... Haluuuuuuu.......
Ok, today I nak tulll..... Sejak bila aku bahasakan diri aku 'I'? Gedik gila.

(Semula)

Ok, hari ni aku nak tulis pasal benda benda typical berlaku dalam filem, samada korang sedar atau tak. Kalau sedar, baguslah. Kalau tak sedar, kau memang tak sedar diri.

Kebanyakan cerita yang kita tengok, selalunya mesti hero atau heroin cun. Memang tak sah kalau tak guna. Dan, mereka mesti dibantu oleh pelakon pembantu yang cool, awesome, style, dan setiakawan. Dalam hidup ni, benda macam ni payah nak berlaku.

Ok, kebanyakan cerita, masa awal-awal tu macam best je, kira kisah hidup pelakon tu ok je kia tengok. Bila pertengahan cerita, jalan cerita mula lembab, mengarut, merapu. Bila nak habis, kita dapat shocking ending. Macam tak kena je rasa. Selalunya Sinetron negara Indon la. Sebagai contoh, Safa Marwah, Cinta Melody, Bawang Merah Bawang Putih. Konflik yang berlaku terus merubah keseluruhan cerita tu. Datang pulak watak baru, lagi spoil. Kalau hensem atau cun, boleh diterima jugak.

Cakap pasal Bawang Merah Bawang Putih, korang ingat tak cerita tu? Ala, cerita tv3 tu, yang masa tahun 2005 2006 lebih kurang la. Tu, yang Revalina S.Temat berlakon dengan Nia Ramadhani tu. Ala, watak dia nama Alya, Siska, Fredi dan Andre tu. Cerita tu memang ngarut. Apa tak nya, percaya pari pari la, kahwin paksa la, magic la, beranak sebelum kahwin la. Yang aku tak tahan, kita layan je cerita tu, tapi ending dia? Ending dia, Alya tu cuma mimpi je pasal semua tu. Bangang tak? Kita layan mimpi dia selama beberapa bulan. Bapak lama nya mimpi. Cerita tu merosakkan akidah je.

CIRI CIRI PELAKON UTAMA TYPICAL: WATAK BAIK
-hensem/cun, tapi tak ketara sangat pada awal cerita
-miskin, kadangkala hidup merempat
-kekampungan/ sometime basteng
-ada kawan yang setia
-selalu kena buli
-senang ditipu/ dipengaruhi
-skema
-sopan
-terlampau baik, sampai kadangkala baik yang over
-pemaaf
-selalu dilindungi seseorang
-secretly had crush on the hero
-keluarga baik baik
-disatukan dengan pasangan yang hensem/cun
-tak suka balas dendam
-hidup selalu berakhir dengan happy ending

CIRI CIRI PELAKON UTAMA TYPICAL: WATAK JAHAT
-tak cun mana, tapi bajet hot/bajet cun
-dressup mahal
-market sial
-selalunya anak orang kaya, drive kereta mahal
-banyak geng disekeliling, tapi geng geng semua muka selenge, koya
-kuat buli, kuat pangkah orang lain
-kuat langgar peraturan
-kurang ajar/ rasa nak terajang je kalau tengok
-kuat marah/ pendendam
-member kuat backup walaupun buat salah
-permulaan cerita, couple dengan crush pelakon utama, tapi break
-mak ayah dia, sorang baik, sorang jahat. Kadangkala, dua dua jahat
-last last, dapat kat orang tak guna
-always seeking for revenge
-hidup malang

Erm, tu je kot. Rasanya korang pun dah tahu

AWIE pernah berkata, kalau korang tak puas hati dengan hidup korang, korang buat lah filem pasal hidup korang, storyline ikut korang, pelakon pun ikut korang.


Hadi berkata: Hidup ini ibarat filem, ianya penuh lakonan, dan ianya sementara. Tuhan itu ibarat director, kerana Dia yang menentukan segalanya. Kisah hidup kita ni ibarat storyline, semuanya dah diaturkan. Kita pula ibarat pelakon nya, kerana kita adalah watak utama bagi hidup kita sendiri. Dan kenapa kita ni pelakon? Ya, pelakon banyak berpura pura, sama la seperti manusia, banyak berpura pura dalam hidup. Bumi ini, sama seperti shoot location. Tanpa bumi, kita takde tempat nak shoot filem.

Ok, ni saja dari Hadi kali ni, sehingga bertemu lagi di lain hari dan waktu. So, have fun with your life, never regret if anything happened to you, just accept it and smile, and thank Allah because He gave us life. Assalamualaikum, see ya

Monday, December 12, 2011

Sekolah Malaysia VS Sekolah Fantasi Hadi

Assalamualaikum, haluuuuu. Ok guys and girls, today I nak tulis pasal sekolah. Kenapa sekolah? Why? Sebab sekolah kan dah nak dekat, barang sekolah pun tak beli lagi. Oh, untuk post kali ni, aku nak compare antara sistem sekolah kat Malaysia ni dengan sistem sekolah yang aku reka sendiri, Sekolah Fantasi. Well, kalau dah nama pun Sekolah Fantasi, mestilah semua pun best kan, terbaikkk...

Ok, kalau bila aku besar nanti, aku buat sekolah sendiri, peraturan aku tetapkan. Bila aku tetapkan, mestilah sekolah tu best, dan aku pengetuanya. Sekolah cluster tahap 1 la.

Sistem Standard Sekolah Malaysia:
-baju kemeja tuck in
-pakai tie
-rambut pendek
-rambut kena kemas
-kasut plain hitam atau putih je
-lelaki perempuan bebas bergaul
-waktu belajar lama
-waktu rehat sikit
-takde kelas music khas
-politik kuat
-kena bawak banyak buku
-bawak buku teks tebal
-kena hantar buku nota dan latihan
-takleh bising dalam kelas
-persekitaran yang bosan
-sekolah tak cantik
-sukan tak diutamakan
-takde bacaan Yassin pada pagi Jumaat
-cikgu disiplin selalunya koya dan bajet
-cikgu tak cun
-lame
-banyak budak koya hot
-banyak maksiat


Ok, yang ni pulak, Sistem Sekolah Fantasi Hadi
-baju bebas
-tapi wajib tutup aurat
-perempuan digalakkan pakai tudung
-kalau amoi amoi cina tu, wajib pakai hot hot, se'hot' yang boleh
-melayu jangan ikut macam tu
-rambut boleh simpan panjang
-tapi tak diwarnakan, kekal hitam je
-rambut jangan serabut
-kasut bebas
-lelaki dan perempuan bergaul tak melampaui batas agama
-waktu belajar dikurangkan
-waktu rehat dipanjangkan
-masuk form4, ada aliran Pure Science, Account, LK, ICT, Music, Sastera, Sukan
-politik diharamkan
-buku digantikan dengan laptop
-buku teks tu download je
-bawak laptop dan peralatan elektronik ke sekolah dibolehkan
-jangan bising sangat dalam kelas, tapi jangan senyap, nanti sunyi
-persekitaran yang cantik dan bersih
-sekolah dan kelas umpama bilik pejabat Google, canggih gila
-mengutamakan sukan tapi tak mengabaikan pelajaran
-sistem hari
-Isnin sukan, Selasa belajar, Rabu uniform, Khamis belajar, Jumaat kerohanian
-setiap pagi Jumaat, pelajar baca surah Yassin kat tapak perhimpunan
-cikgu disiplin yang best dan style
-cikgu cikgu perempuan semuanya hot dan cun
-semua budak sama taraf, takde hot, takde market, takde rempit
-maksiat diharamkan
-pentadbiran yang cekap

So, aku rasa, sekolah fantasi aku ni agak best la, untuk aku. Untuk korang, aku tak tau la. Apa pun, sekolah fantasi aku ni takkan pernah wujud, sebab aku tau, takde pengetua yang nak jadi bagus macam aku. Hehe. Kalau lah impian aku ni tercapai, korang ni kan, you all can just call me 'Principal Cool'

Ok bro, sampai sini dulu bro, kaaacooowww, Assalamualaikum, peace yo!

Thursday, December 8, 2011

'Cinta' by Hadi

Assalamualaikum, halllluuuuuu. Ok, seperti biasa, bertemu saya, Abdul Hadi 'Hadidon' yang baik lagi best. Today, I nak cakap pasal Cinta or Love. I'm keep talking about love, but I failed to find someone suit me. Kalau la ada sesiapa nak bantu...

Kepada perempuan, sini aku ada beberapa perkara tentang dirimu yang aku tahu.

-kelebihanmu = aku terima
-kekuranganmu = aku cinta
-keelokan rupa paras mu = aku bersyukur
-kekurangan rupa paras mu = aku tak kesah, aku tak peduli
-kebaikanmu = aku sanjung
-kesalahanmu = aku cuba betulkan

That mean, tak kira la macam mana perempuan tu sekalipun, aku tetap bersedia menerimanya dengan redha dan hati yang terbuka.

Apa yang aku fikir: Belajarlah menghargai sesorang itu seadanya. Tak perlu untuk kita merungut dengan ke'tidak puas hati'an kita, dan tak perlu lah menyesal. Tahu tak, bila kita menghargai seseorang itu dengan seadanya dia, insyaAllah, kita juga akan dihargai seadanya kita.

Jika aku bertemu cinta hati ku suatu hari nanti, aku akan katakan:
-Aku mencintai segala kekuranganmu, jangan risau. Kekuranganmu amat bermakna kepadaku. Kekuranganmu itu akan aku cuba lengkapi, supaya dikau bisa melengkapi kekuranganku pula, dengan harapan, kita akan saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

-Aku tak akan merungut akan kelebihan atau kekuranganmu, kerana bagiku, itu semua tak penting. Cukuplah bagiku jika dikau bertudung, menjaga aurat, hormat orang tua, penyayang, tulus ikhlas, menjaga ibadat, dan aku rasa, aku amat berbangga jika dikau mencintai Tuhan mu, iaitu Allah, lebih dari kau cintakan seorang lelaki.

-Aku tak risau kalau kau lebih cintakan Allah. Aku jua tau, cinta kepada Allah itu lebih agung dari cinta kepada mana-mana manusia kerana, Allah itu kekasih sejati. Aku takut, jika aku mengurangkan rasa cintamu kepada Allah. Aku berdosa jika aku merosakkan hubunganmu dengan Allah. Sungguh, aku amat takut jika kerana aku, kau lupa dan alpa kepada suruhan Allah, lalu menyebabkan dirimu ke arah kehancuran diri kerana lantaran leka dan digoda iblis syaitan laknatullah. Kerana itu, aku sentiasa mahukan yang terbaik buatmu.

-Sesungguhnya, cinta kepada Allah itu lebih agung dari cinta sesama manusia. Cintailah sesorang itu kerana Allah, dan cintailah dirinya seadanya.


Ok, aku tak tau bakpe aku tulis benda ni, tapi aku rasa macam aku perlu je. Aku jua berharap, aku ditemukan dengan jodoh yang baik. Tak kesah la kalau tak cantik sangat pun, yang penting, dia ikhlas. Itu yang manusia sekarang tak miliki.

So, that's all for today, goodnight, Assalamualaikum.

Cintailah Cinta

Man Utd Vs Basel

Assalamualaikum. Yo, kejap lagi dalam pukul 3.30 pagi nanti Manchester United lawan FC Basel. Ok, ni first time la aku update blog pada pukul 3 pagi bro. Nampak la bagaimana remaja dan liarnya aku ni, sampai sanggup korban waktu tidur demi bola. Sumbat gila nak tunggu bola, lambat sangat. Astro pulak stok sumbat tayang cerita ngarut je. Kalau ada cerita cinta takpe gak, aku kan sensitif dan penyayang orangnya.



muka sumbat tunggu Man Utd sambil ditemani makanan ringan yang tak menyihatkan. GGMU

ok, man utd dah nak main ni, thats all for today, thank you, i love you, assalamualaikum

Wednesday, December 7, 2011

Kalau Hidup Ni Macam Dalam Game

Assalamualaikum. Haaalllooooo everybody. Ok, hari ni, saya, yang bernama Abdul Hadi bin Abdul Rashid ni, nak tulis pasal apa yang terjadi 'Kalau Hidup Ni Macam Dalam Game'. So, bagi aku, maybe tajuk ni agak menarik. So, kita mulakan....

Ok, actually, aku dah lama terfikir pasal tajuk ni. Aku suka bayangkan kalau hidup aku ni sama macam dalam game. Yeah, korang tau, banyak game kan, banyak yang best, ada jugak yang lame, tapi tak kesah la. Kita cakap pasal game yang bersesuaian je la.

Firstly, game yang boleh terjadi dalam hidup:
-GTA
-Harvest Moon
-Pro Evolution Soccer
-FIFA
-WWE
-Farmville

senang kata, game adventure la, yang ada manusia hidup dalam tu

Game yang takkan terjadi dalam hidup:
-Solitaire
-Purble Marble
-Spider Solitaire

game yang kita tak hidup dalam tu la

Ok, the point is, hidup kita ni mesti best, kalau dia ikut macam game. Kita bebas buat apa je, jadi apa je, orang takkan marah.

KELEBIHAN HIDUP MACAM GAME:
-boleh jadi siapa sahaja: rambut, muka, pakaian, fizikal, pemikiran, sekolah, rumah,
kereta, suami isteri, anak, keluarga, benda-benda yang
berkaitan dengan hidup kita, semua nya bebas, tanpa had
tiada peraturan, semua free-rule. Kan best macam tu.
Kalau aku, nak rambut panjang yang style, muka mesti smart
pakaian menutup aurat, cerdik, sekolah best, rumah besar,
kereta best, isteri solehah, dan semua yang terbaik.

KEKURANGAN HIDUP MACAM GAME:
-kekurangan nilai murni: dalam game, mana ada perempuan tutup aurat, semua style
semua dedah-dedah, takde orang yang sopan, banyak tekanan,
boleh cheat code, kena tipu, kena ikut story line, tipu
diri sendiri, banyak kekecewaan, dan tak rasa macam hidup.

So, the conclusion is, jadi la seorang yang boleh bergembira dengan diri sendiri, takpayah la harap hidup ni macam dalam game (macam aku la), kerana kalau nak hidup yang gembira, kita kena la usahakan diri kita dan kehidupan kita kearah kegembiraan.
Sesungguhnya, hidup kita yang sekarang ni pun dah ok kan? So, tak payah la nak berangan macam-macam. Kita berpijak di bumi yang nyata. Perkara elok yang berlaku dalam game, boleh je berlaku dalam hidup kita, cuma kena usaha je la.

Sebagai contoh, perempuan ramai mengharapkan cinta yang ikhlas kan? So, diorang pun kena la pilih yang elok, yang jenis baik. Kalau pilih yang teruk, lepas tu mengharap. Bila tak jadi seperti yang diinginkan, mula la salahkan pasangan, tanpa memikirkan kemungkinan yang kita juga mungkin buat salah.

So, my point is, hidup kita ni cuma sekali, jalani la dengan baik, dan jauhi perkara yang boleh membawa kehancuran kepada diri, insyaAllah, hidup akan lebih bermakna. Itu je. Bukan payah pun. Just lakukan perkara yang betul, tapi boleh membahagiakan diri sendiri. Benda yang salah tak semestinya memberi kebahagiaan.

Ok, sampai sini dulu la. Aku pun dah takde point ni. So, see you later, Assalamualaikum

Tuesday, December 6, 2011

Kelebihan Dan Kekurangan

Assalamualaikum, haluuuuuuuu. Hmm, aku rasa, sejak kebelakangan ni aku kerap update blog ork? Padahal dulu, nak bukak jenguk pun culas. Aku dah berubah ke? Ah, tak kesah la.

Ok, hari ni aku nak cakap pasal Kelebihan Dan Kekurangan. Semua orang tahu, bahawa semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan perkara seperti ini la yang membezakan kita semua sekaligus menjadikan kita unik dengan cara masing-masing. Kecuali copycat la, mereka takde life, so mereka tiru gaya orang lain, itu yang menjadikan mereka tak unik.

So, bukan nak berlagak apa la, tapi biar aku tulis kelebihan dan kekurangan aku sendiri. Aku taklah tulis pasal orang, tu mengumpat. Lebih baik tulis pasal diri sendiri, sebab takde orang terasa sangat.

Ok, kita mulakan:

KELEBIHAN:
-pandai melukis
-cekap guna Photoshop
-reti guna Sony Vegas
-expert pasal game PES (main, dan editing semua terer)
-suka buat audio editing
-tak merokok
-tak hisap dadah
-tak minum arak
-tak terlibat seks bebas
-tak suka tipu perempuan
-suka perempuan bertudung
-menjaga adab
-tak suka hampakan perempuan
-pendengar yang baik dan setia
-setia dalam perhubungan
-pemimpin yang baik
-baik hati/ suka tolong orang
-pemurah
-suka senyum
-tak suka tengok perempuan sedih atau kesusahan
-berperikemanusiaan
-sayang haiwan
-suka kanak-kanak atau bayi
-jujur/ ikhlas
-tak hipokrit
-tak merempit
-sensitif
-suka perempuan kerana keperibadian, bukan kerana rupa, pangkat, darjat

Pendek kata, kalau siapa dapat ni, memang untung besar la

KEKURANGAN :(
-jahil/ kurang ilmu agama
-kuat ponteng kelas
-orang paling cuak bila ponteng kelas, cepat menggelabah
-malas buat kerja rumah
-malas study
-duduk rumah main game je
-main cakap lepas je
-kadangkala abaikan perasaan perempuan
-suka menganjing secara suka-suka
-kadangkala mencarut dan menyumpah seranah
-suka menyakat (terutama perempuan)
-suka mainkan perasaan perempuan
-derhaka kat cikgu
-melawan cakap orang dewasa
-tak reti bersyukur
-zalim/ kejam
-sombong
-payah nak mintak maaf
-sumbat
-gila sikit
-tak pandai guna mesin basuh (bangang gila)
-suka simpan rambut panjang
-selalu nak menang je, takleh terima kekalahan
-ego yang sangat tinggi

Bila tulis pasal kekurangan, aku rasa sedih. Aku fikir, kenapa la aku ni teruk sangat. Well at least, aku jujur ceritakan segala ni. Bagi aku, biar la orang tahu, supaya mereka tak rasa tertipu dengan aku. Tak kesah la apa pun reaksi mereka dan penerimaan mereka, aku tak kesah, aku redha, sebab tu semua memang sikap aku, aku hanya perlu menerima setiap kelebihan dan kekurangan aku, lantas berusaha memperbaiki diri aku sendiri.

Kenapa takde orang yang sempurna di dunia ni? Sebenarnya, kita dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan supaya, bila kita jumpa life partner nanti, kita akan dapat cover kelemahan dia dan dia cover kelemahan kita. Ini bermaksud, kita akan jadi saling melengkapi antara satu sama lain, dan saling memerlukan. Sebab tu la kalau aku suka seseorang, aku tak kesah pasal kekurangan dia, kerana....

'aku bersedia mencintai kekuranganmu'.

wah, sweet gitu. haha. Tapi memang betul pun

P/s: Dalam dunia ni, takde orang yang perfect, so kita tak payah la nak sibuk kutuk dan mengata keburukan orang lain. Normal la kalau manusia buat silap dan ada kekurangan kan. That's all for today, thank you, Assalamualaikum

Sunday, December 4, 2011

Satu Lagi Luahan Hati

Assalamualaikum. Ok hari ni aku nak tulis pasal beberapa kesilapan yang wanita buat semasa menilai lelaki. Semua pun tau, semua ada pandangan masing-masing, tapi kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama mengenai lelaki.

Antara pendapat wanita mengenai lelaki yang sering kita dengar:
- lelaki tak guna
- lelaki tak jiwang
- lelaki takde perasaan
- semua benda salah lelaki
- suka lelaki yang comel je
- pentingkan rupa dari sikap
- lelaki patut angkat semua barangan pasangan bila pergi shopping
- lelaki penipu
- lelaki tak setia
- lelaki semuanya sama
- lelaki tak bertanggungjawab

Actually, banyak lagi kot, cuma tak larat nak tulis banyak-banyak, kang ada perempuan anti aku kang.

Ok, sebenarnya, aku nak tegaskan, aku bukan la lelaki seperti yang korang sangka. Bila korang kecewa dengan lelaki, korang cakap 'semua lelaki sama je' kan? Actually, tak semua. Aku bukan jenis yang suka kecewakan perempuan. Seriously, aku tak suka kecewakan perempuan sebab aku tau, aku bosan kalau takde perempuan. Sebab tu aku taknak masuk sekolah semua lelaki. Example: Sekolah Saint Thomas, semua lelaki, tak best langsung. That's why aku SMKSAB, sebab sekolah ni campur lelaki perempuan. Bayangkan, sekolah sama jantina, takde permandangan langsung. Takleh hidup la aku kat tempat macam tu.

Sebelum aku lari dari tajuk, kenapa aku cakap aku tak sama dengan lelaki lain? Sebab aku ni best, haha. Apa bangang punya jawapan

Ok, actually, sebenarnya aku takde la beza sangat dengan lelaki lain. Cuma kadang-kadang aku ni lain, sebab aku ikut perangai yang elok je. Perangai lelaki yang tak elok semua aku tak ikut.

Ok, biar aku terangkan siapa aku sebenarnya.

Firstly, aku ni jenis yang suka layan perempuan, sebab aku memang suka. Well, aku kan laki, mesti la layan perempuan, sebab aku tak gay. Then, aku suka tegur perempuan, sebab perempuan selalu buat silap, tapi taknak mengaku. Aku suka bila kena bertekak dengan perempuan semata mata nak menegakkan kebenaran. Next, aku tak berkira sangat dengan perempuan ni. Entah kenapa, aku murah hati dengan perempuan. Maybe aku ada niat. Tapi, kalau aku ada niat pun, maybe niat aku ni baik, sebab aku just nak gembirakan perempuan tu je. Aku tak pernah lagi ada niat tak elok kat perempuan ni.

Next, aku ni jenis yang setia. Bukan nak tipu, sebelum ni aku memang ada awek. Aku minat dia sejak darjah 5 lagi. Sejak aku minat dia, aku dah tak perdulikan awek lain, sebab aku tau, aku nak dia je. Tuah berpihak kepada aku, aku dapat jadi pakwe dia sekejap. Tak lama pun, just 2 tahun je. Tapi, aku ni kira setia jugak la, sebab ex aku tu bukan la cun sangat, bukan dari keluarga kaya, tak market, tapi dia punyai iman yang kuat, hati nurani, pandangan jauh, matang, baik, sopan, bijak, dan yang paling aku suka, dia ni menjaga aurat dia dengan baik. Sebab tu la aku suka sangat dia ni. Tapi, nak buat macam mana kan, jodoh tak panjang, putus la beberapa bulan lepas. Tapi, kitorang putus atas sebab yang munasabah, bukan macam orang lain, putus sebab gaduh, orang ketiga. Aku akui, dia ni setia jugak, sebab pernah beberapa orang laki nak try dia, semua dia reject semata mata nak stay dengan aku. Ikutkan, memang dia still nak dengan aku, tapi aku rasa cukuplah kitorang teruskan hubungan kitorang sebagai kawan baik je.

Then, aku boleh dipercayai. Bukan semua lelaki tak jujur, sebab aku lelaki dan aku jujur. Aku akan berterus terang tanpa menyembunyikan penipuan aku dalam setiap langkah jua bicara kata aku. Seboleh bolehnya, aku taknak menipu perempuan, sebab aku tau perempuan ni sensitif. Kalau boleh, aku nak jaga hati perempuan yang aku sayang sebaiknya. Kalau ada jodoh, ada rezeki, dapat ke aku jugak perempuan tu. Semuanya takdir Allah, aku cuma perlu usahakan supaya perkara seperti ini lebih bermakna kepada aku.

Then, aku pendengar yang baik. Aku suka sangat kalau sesiapa ada masalah, dan diorang datang mengadu kat aku. Bila diorang mengadu, sekurang kurangnya aku rasa dihargai dan diperlukan. Macam biasa, aku akan dengar setiap masalah dan akan cuba untuk membantu menyelesaikan masalah diorang dengan cara yang sepatutnya. Aku bukan jenis yang suka bagi nasihat macam longkang, nasihat menjahanamkan orang je.

Next, aku memang tak hipokrit. Aku akan jujur memberi pendapat dan saranan aku. Kalau aku tak suka, memang aku direct je sound. Aku taklah guna bahasa kesat atau kasar, aku akan guna cara terbaik untuk mendidik orang. Kalau perlu, aku bagi orang tu terasa supaya dia lekas sedar akan kesilapannya.

Then, aku tak suka perempuan pakaian tak cukup kain. Macam sesetengah perempuan, mak bapak kaya, tapi kenapa pakaian tu sikit sangat. Sedangkan orang miskin pun pakai baju yang menutup segenap aurat mereka, kenapa yang kaya seakan tak mampu nak beli kain yang lebih besar dan boleh menutup aurat? Mahal sangat ke nak tutup aurat? Payah sangat ke? Aku cukup tak faham hal ni. Apa yang dibangga sangat dengan aurat tu? Rasa dah cantik sangat ke bila tayang benda macam tu? Konon-konon, kalau tunjuk tu, semua lelaki tangkap lentok la tengok? Tau tak, lelaki cukup menyampah! Sebilangan perempuan pun menyampah sikap macam ni.

Lastly, aku tak suka tunjuk sikap sebenar aku. Bila orang tengok aku, rapat dengan aku, mereka fikir mereka dah cukup kenal aku. Tapi sebenarnya TIDAK! Aku tak pernah tunjuk sikap sebenar aku secara keseluruhan. Selama ni, aku hanya tunjuk sebahagian sikap sebenar aku. Sebab sebahagian lagi aku hanya tunjuk pada perempuan yang aku sayang je, that mean Mak atau Isteri sahaja. Hanya mereka je perempuan yang layak tengok sikap sebenar aku.


Ok, itu je pasal aku


Perempuan, korang tak sepatutnya menilai aku kalau korang tak kenal aku. Please la, aku tak suka stranger menilai aku. Kalau nak menilai, kenali aku, get to know me first. Bila kenal, sedikit demi sedikit korang akan boleh kenal aku lebih dekat. Walaupun tak kenal habis, tapi cukup la sekadar kenal aku sebagaimana yang korang nak. Ayat pelik takpe, asalkan maksud dia sampai.

Perempuan, kalau nak mulakan hubungan, apa yang penting ialah HATI. Hati dan perasaan ini lebih penting dari paras rupa. Untuk itu, korang kena la bagi peluang kat lelaki untuk mengenali korang dan bagi peluang kat diri sendiri untuk mengenali lelaki tu. InsyaAllah, ada rezeki, itulah yang terbaik untuk korang. Dalam hal macam ni, selalunya aku tak tipu so please, do trust me.

Erm ok, tu saja dari aku setakat ni, sebab nampaknya aku pun dah kering idea. So, apa apa pun, fikir la dengan rasional, jangan bertindak terburu buru. Jadilah diri sendiri dan jangan ikut orang lain. Thats all from me, thank you, Assalamualaikum


p/s: kalau kita tak bagi peluang kepada diri kita untuk mengenali seseorang, dan tak bagi peluang kepada seseorang itu untuk mengenali kita, sampai bila pun kita takkan tau setakat mana kejujuran seseorang itu. So, if you give me some chance, I'm surely wont make you cry

Thursday, December 1, 2011

Mengapa Perlu Menjaga Aurat - Mengikut Pandangan Dr. Hadi

Assalamualaikum. Yeah, entri kali ini berkisarkan mengapa perempuan perlu menjaga aurat mereka itu. Entri ini ditulis berdasarkan pendapat seorang tokoh atau otai yang baik lagi hensem (LOL), iaitu Dr. Professor Tan Sri Abdul Hadi bin Abdul Rashid atau nama panggilannya Hadi, owner blog ini sendiri. Haha, hebat orangnya. Pendahuluan perlu lebih panjang dari isi, supaya orang akan cepat boring. K bila nak start ni?

Ok, first nya, menjaga aurat tu kan suruhan agama, so kita kena la ikut kan. Kata nak jadi umat yang mukmin kan. So, kita kena bagi peluang kat diri kita untuk ikut suruhan agama tu. Kita tengok macam ni la, cuba compare:

-pakwe suruh freehair, tapi dia takkan dapat tolong di akhirat atas dosa kita
-agama suruh bertudung, dan pegangan agama dapat tolong kita di akhirat

So, apa pilihan korang? Kalau ikut cakap pakwe, belum tentu betul pun. Dan pakwe tu belum tentu jadi suami kan. So, kenapa nak hancurkan diri sendiri?

Then, aurat tu kan benda yang private, buat apa nak tunjuk kat orang lain? Kalau dah tunjuk kat orang, dah tak private dah la.

Lepas tu, perempuan kan haram tunjuk aurat kat laki bukan muhrim dengan sengaja. So, kenapa nak buat yang haram tu?

Sebenarnya, inilah kepentingan menutup aurat. Aurat tu kan hanya untuk tatapan lelaki bergelar suami sahaja.

Satu perkara tentang aurat. Aurat ni ialah benda yang kita akan offer kepada suami. Maksud offer disini, peluang untuk melihat, merasa dan apa-apa yang patut. Kalau lelaki lain dah sentuh, pegang, tengok, CUBA sebelum suami yang sah buat, apa je lagi yang perempuan boleh offer pada suami dia? KESIAN SUAMI DIA, MERASA BARANGAN SECONDHAND, yang dah... Korang faham kan?

Tak bermakna apa-apa la lagi aurat korang tu kalau dah jadi tontonan umum.

Ni ada satu perkara lagi, aurat tu perkara yang rahsia, perempuan selalu menyembunyikan ia. Nak tau tak? Perempuan yang menyembunyikan aurat, tak tunjuk kat orang, biasanya kulit mereka cantik dan bersih. Aku pernah beberapa kali, secara tak sengaja, ternampak aurat perempuan iaitu kulit tangan. Kalau yang selalu dedah tu, kulit diorang biasa je. Tapi, yang selalu tutup ni, kulit cantik gila, tanpa cacat cela. Pendek kata, memang tak rugi la pilih bini/awek yang tutup aurat ni, dapat yang kulit cantik. Tak payah pakai losyen mustajab apa pun.

Ok, that's all for today. Post ni pun last minute project, sebab ia datang tiba-tiba je. That's why takde banyak benda nak cakap. Ok then, assalamualaikum, good night.

P/s: Dedicated to someone. Tak payah bagitahu nama, nanti ada orang marah :)