Assalamualaikum. Okay, dah lama aku tak update blog bangang kesayangan aku ni. Takpe, bangang pun saya sayang.
Tanpa kita sedar, hari ni dah hari last 2011. Hari ni dah 31 Disember dah. Actually, semalam ada perkara yang terjadi kat aku. Sebab ia terjadi, jadi aku decide nak post kan benda ni.
Okay, the story begins......
Aku taktau pukul berapa aku tidur semalam, tapi masa aku cabut headset aku, aku tengok jam dah pukul 5.59 pagi. Then, aku terjaga bila mak aku kejutkan aku. Aku tengok jam, 6.38 pagi. What? Aku tidur tak sampai satu jam? Pergh, aku boleh jadi gila la macam ni.
So, mak aku paksa mandi, sebab nak pergi rumah nenek aku. Kau bayangkan, dah la tidur tak sampai satu jam, kena mandi pagi sebelum pukul 7 pulak tu. Rasa-rasa, ada potensi tak aku jadi gila?
Masa masuk bilik air tu, aku mamai je. Aku terhuyung hayang. Tapi, aku nak mengaku, aku tak mabuk, sebab aku tak minum arak ok. Aku minum air yang cute-cute je macam dutchLady,Nestle etc.
Kau tau la kan, air pukul 6 macam mana. Gila gigil aku mandi. Pernah tengok drama tv tak pasal penjenayah atau orang gila? Kan ada part bila dia mandi air sejuk dan dia terketar gila tu. Aku bayang diri aku dah macam tu la.
Tapi kan, bila aku pandang cermin, aku pun terkejut dan terfikir 'eh, kenapa dah macam orang gila dalam tv je? Oh wait, itu aku'
Then, masa nak berus gigi, aku tenung berus tu, buat muka marah. Pandang cermin 'fuh, hensemnya' haha, bongok aku ni.
Then, masa keluar bilik air, aku terkejut. Cepatnya aku sampai bilik tidur aku. Aku mengigau ke?Then, aku baru teringat, bilik air aku dalam bilik tidur. Aku lupa. :P
Dah siap pakai baju semua, solat, aku keluar bilik. Keluar je bilik, terus ada cerita Spongebob Squarepant. Then, pergi rumah nenek.
After that, aku biarkan sahaja semua perkara berlaku dengan sendiri.
Malam tadi, Final Maharaja Lawak Mega. Alhamdulillah, Osbon menang. Aku undi, mak aku undi 20. Habis gitu je RM10 dia.
Okaylah, that's all for this post. Goodnight.
p/s: sejak dah lama tak update blog, aku dah rasa awkward gila sekarang. Entahlah, gaya penulisan aku dah tak macam sebelum ni. So, aku kena cari kembali gaya penulisan lama aku tu. Jujurnya, aku rindu gaya aku dulu.
No comments:
Post a Comment