Sunday, December 4, 2011

Satu Lagi Luahan Hati

Assalamualaikum. Ok hari ni aku nak tulis pasal beberapa kesilapan yang wanita buat semasa menilai lelaki. Semua pun tau, semua ada pandangan masing-masing, tapi kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama mengenai lelaki.

Antara pendapat wanita mengenai lelaki yang sering kita dengar:
- lelaki tak guna
- lelaki tak jiwang
- lelaki takde perasaan
- semua benda salah lelaki
- suka lelaki yang comel je
- pentingkan rupa dari sikap
- lelaki patut angkat semua barangan pasangan bila pergi shopping
- lelaki penipu
- lelaki tak setia
- lelaki semuanya sama
- lelaki tak bertanggungjawab

Actually, banyak lagi kot, cuma tak larat nak tulis banyak-banyak, kang ada perempuan anti aku kang.

Ok, sebenarnya, aku nak tegaskan, aku bukan la lelaki seperti yang korang sangka. Bila korang kecewa dengan lelaki, korang cakap 'semua lelaki sama je' kan? Actually, tak semua. Aku bukan jenis yang suka kecewakan perempuan. Seriously, aku tak suka kecewakan perempuan sebab aku tau, aku bosan kalau takde perempuan. Sebab tu aku taknak masuk sekolah semua lelaki. Example: Sekolah Saint Thomas, semua lelaki, tak best langsung. That's why aku SMKSAB, sebab sekolah ni campur lelaki perempuan. Bayangkan, sekolah sama jantina, takde permandangan langsung. Takleh hidup la aku kat tempat macam tu.

Sebelum aku lari dari tajuk, kenapa aku cakap aku tak sama dengan lelaki lain? Sebab aku ni best, haha. Apa bangang punya jawapan

Ok, actually, sebenarnya aku takde la beza sangat dengan lelaki lain. Cuma kadang-kadang aku ni lain, sebab aku ikut perangai yang elok je. Perangai lelaki yang tak elok semua aku tak ikut.

Ok, biar aku terangkan siapa aku sebenarnya.

Firstly, aku ni jenis yang suka layan perempuan, sebab aku memang suka. Well, aku kan laki, mesti la layan perempuan, sebab aku tak gay. Then, aku suka tegur perempuan, sebab perempuan selalu buat silap, tapi taknak mengaku. Aku suka bila kena bertekak dengan perempuan semata mata nak menegakkan kebenaran. Next, aku tak berkira sangat dengan perempuan ni. Entah kenapa, aku murah hati dengan perempuan. Maybe aku ada niat. Tapi, kalau aku ada niat pun, maybe niat aku ni baik, sebab aku just nak gembirakan perempuan tu je. Aku tak pernah lagi ada niat tak elok kat perempuan ni.

Next, aku ni jenis yang setia. Bukan nak tipu, sebelum ni aku memang ada awek. Aku minat dia sejak darjah 5 lagi. Sejak aku minat dia, aku dah tak perdulikan awek lain, sebab aku tau, aku nak dia je. Tuah berpihak kepada aku, aku dapat jadi pakwe dia sekejap. Tak lama pun, just 2 tahun je. Tapi, aku ni kira setia jugak la, sebab ex aku tu bukan la cun sangat, bukan dari keluarga kaya, tak market, tapi dia punyai iman yang kuat, hati nurani, pandangan jauh, matang, baik, sopan, bijak, dan yang paling aku suka, dia ni menjaga aurat dia dengan baik. Sebab tu la aku suka sangat dia ni. Tapi, nak buat macam mana kan, jodoh tak panjang, putus la beberapa bulan lepas. Tapi, kitorang putus atas sebab yang munasabah, bukan macam orang lain, putus sebab gaduh, orang ketiga. Aku akui, dia ni setia jugak, sebab pernah beberapa orang laki nak try dia, semua dia reject semata mata nak stay dengan aku. Ikutkan, memang dia still nak dengan aku, tapi aku rasa cukuplah kitorang teruskan hubungan kitorang sebagai kawan baik je.

Then, aku boleh dipercayai. Bukan semua lelaki tak jujur, sebab aku lelaki dan aku jujur. Aku akan berterus terang tanpa menyembunyikan penipuan aku dalam setiap langkah jua bicara kata aku. Seboleh bolehnya, aku taknak menipu perempuan, sebab aku tau perempuan ni sensitif. Kalau boleh, aku nak jaga hati perempuan yang aku sayang sebaiknya. Kalau ada jodoh, ada rezeki, dapat ke aku jugak perempuan tu. Semuanya takdir Allah, aku cuma perlu usahakan supaya perkara seperti ini lebih bermakna kepada aku.

Then, aku pendengar yang baik. Aku suka sangat kalau sesiapa ada masalah, dan diorang datang mengadu kat aku. Bila diorang mengadu, sekurang kurangnya aku rasa dihargai dan diperlukan. Macam biasa, aku akan dengar setiap masalah dan akan cuba untuk membantu menyelesaikan masalah diorang dengan cara yang sepatutnya. Aku bukan jenis yang suka bagi nasihat macam longkang, nasihat menjahanamkan orang je.

Next, aku memang tak hipokrit. Aku akan jujur memberi pendapat dan saranan aku. Kalau aku tak suka, memang aku direct je sound. Aku taklah guna bahasa kesat atau kasar, aku akan guna cara terbaik untuk mendidik orang. Kalau perlu, aku bagi orang tu terasa supaya dia lekas sedar akan kesilapannya.

Then, aku tak suka perempuan pakaian tak cukup kain. Macam sesetengah perempuan, mak bapak kaya, tapi kenapa pakaian tu sikit sangat. Sedangkan orang miskin pun pakai baju yang menutup segenap aurat mereka, kenapa yang kaya seakan tak mampu nak beli kain yang lebih besar dan boleh menutup aurat? Mahal sangat ke nak tutup aurat? Payah sangat ke? Aku cukup tak faham hal ni. Apa yang dibangga sangat dengan aurat tu? Rasa dah cantik sangat ke bila tayang benda macam tu? Konon-konon, kalau tunjuk tu, semua lelaki tangkap lentok la tengok? Tau tak, lelaki cukup menyampah! Sebilangan perempuan pun menyampah sikap macam ni.

Lastly, aku tak suka tunjuk sikap sebenar aku. Bila orang tengok aku, rapat dengan aku, mereka fikir mereka dah cukup kenal aku. Tapi sebenarnya TIDAK! Aku tak pernah tunjuk sikap sebenar aku secara keseluruhan. Selama ni, aku hanya tunjuk sebahagian sikap sebenar aku. Sebab sebahagian lagi aku hanya tunjuk pada perempuan yang aku sayang je, that mean Mak atau Isteri sahaja. Hanya mereka je perempuan yang layak tengok sikap sebenar aku.


Ok, itu je pasal aku


Perempuan, korang tak sepatutnya menilai aku kalau korang tak kenal aku. Please la, aku tak suka stranger menilai aku. Kalau nak menilai, kenali aku, get to know me first. Bila kenal, sedikit demi sedikit korang akan boleh kenal aku lebih dekat. Walaupun tak kenal habis, tapi cukup la sekadar kenal aku sebagaimana yang korang nak. Ayat pelik takpe, asalkan maksud dia sampai.

Perempuan, kalau nak mulakan hubungan, apa yang penting ialah HATI. Hati dan perasaan ini lebih penting dari paras rupa. Untuk itu, korang kena la bagi peluang kat lelaki untuk mengenali korang dan bagi peluang kat diri sendiri untuk mengenali lelaki tu. InsyaAllah, ada rezeki, itulah yang terbaik untuk korang. Dalam hal macam ni, selalunya aku tak tipu so please, do trust me.

Erm ok, tu saja dari aku setakat ni, sebab nampaknya aku pun dah kering idea. So, apa apa pun, fikir la dengan rasional, jangan bertindak terburu buru. Jadilah diri sendiri dan jangan ikut orang lain. Thats all from me, thank you, Assalamualaikum


p/s: kalau kita tak bagi peluang kepada diri kita untuk mengenali seseorang, dan tak bagi peluang kepada seseorang itu untuk mengenali kita, sampai bila pun kita takkan tau setakat mana kejujuran seseorang itu. So, if you give me some chance, I'm surely wont make you cry

No comments:

Post a Comment