Assalamualaikum, halllluuuuuu. Ok, seperti biasa, bertemu saya, Abdul Hadi 'Hadidon' yang baik lagi best. Today, I nak cakap pasal Cinta or Love. I'm keep talking about love, but I failed to find someone suit me. Kalau la ada sesiapa nak bantu...
Kepada perempuan, sini aku ada beberapa perkara tentang dirimu yang aku tahu.
-kelebihanmu = aku terima
-kekuranganmu = aku cinta
-keelokan rupa paras mu = aku bersyukur
-kekurangan rupa paras mu = aku tak kesah, aku tak peduli
-kebaikanmu = aku sanjung
-kesalahanmu = aku cuba betulkan
That mean, tak kira la macam mana perempuan tu sekalipun, aku tetap bersedia menerimanya dengan redha dan hati yang terbuka.
Apa yang aku fikir: Belajarlah menghargai sesorang itu seadanya. Tak perlu untuk kita merungut dengan ke'tidak puas hati'an kita, dan tak perlu lah menyesal. Tahu tak, bila kita menghargai seseorang itu dengan seadanya dia, insyaAllah, kita juga akan dihargai seadanya kita.
Jika aku bertemu cinta hati ku suatu hari nanti, aku akan katakan:
-Aku mencintai segala kekuranganmu, jangan risau. Kekuranganmu amat bermakna kepadaku. Kekuranganmu itu akan aku cuba lengkapi, supaya dikau bisa melengkapi kekuranganku pula, dengan harapan, kita akan saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
-Aku tak akan merungut akan kelebihan atau kekuranganmu, kerana bagiku, itu semua tak penting. Cukuplah bagiku jika dikau bertudung, menjaga aurat, hormat orang tua, penyayang, tulus ikhlas, menjaga ibadat, dan aku rasa, aku amat berbangga jika dikau mencintai Tuhan mu, iaitu Allah, lebih dari kau cintakan seorang lelaki.
-Aku tak risau kalau kau lebih cintakan Allah. Aku jua tau, cinta kepada Allah itu lebih agung dari cinta kepada mana-mana manusia kerana, Allah itu kekasih sejati. Aku takut, jika aku mengurangkan rasa cintamu kepada Allah. Aku berdosa jika aku merosakkan hubunganmu dengan Allah. Sungguh, aku amat takut jika kerana aku, kau lupa dan alpa kepada suruhan Allah, lalu menyebabkan dirimu ke arah kehancuran diri kerana lantaran leka dan digoda iblis syaitan laknatullah. Kerana itu, aku sentiasa mahukan yang terbaik buatmu.
-Sesungguhnya, cinta kepada Allah itu lebih agung dari cinta sesama manusia. Cintailah sesorang itu kerana Allah, dan cintailah dirinya seadanya.
Ok, aku tak tau bakpe aku tulis benda ni, tapi aku rasa macam aku perlu je. Aku jua berharap, aku ditemukan dengan jodoh yang baik. Tak kesah la kalau tak cantik sangat pun, yang penting, dia ikhlas. Itu yang manusia sekarang tak miliki.
So, that's all for today, goodnight, Assalamualaikum.
Cintailah Cinta
No comments:
Post a Comment