Assalamualaikum, haluuuuuuuu. Hmm, aku rasa, sejak kebelakangan ni aku kerap update blog ork? Padahal dulu, nak bukak jenguk pun culas. Aku dah berubah ke? Ah, tak kesah la.
Ok, hari ni aku nak cakap pasal Kelebihan Dan Kekurangan. Semua orang tahu, bahawa semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan perkara seperti ini la yang membezakan kita semua sekaligus menjadikan kita unik dengan cara masing-masing. Kecuali copycat la, mereka takde life, so mereka tiru gaya orang lain, itu yang menjadikan mereka tak unik.
So, bukan nak berlagak apa la, tapi biar aku tulis kelebihan dan kekurangan aku sendiri. Aku taklah tulis pasal orang, tu mengumpat. Lebih baik tulis pasal diri sendiri, sebab takde orang terasa sangat.
Ok, kita mulakan:
KELEBIHAN:
-pandai melukis
-cekap guna Photoshop
-reti guna Sony Vegas
-expert pasal game PES (main, dan editing semua terer)
-suka buat audio editing
-tak merokok
-tak hisap dadah
-tak minum arak
-tak terlibat seks bebas
-tak suka tipu perempuan
-suka perempuan bertudung
-menjaga adab
-tak suka hampakan perempuan
-pendengar yang baik dan setia
-setia dalam perhubungan
-pemimpin yang baik
-baik hati/ suka tolong orang
-pemurah
-suka senyum
-tak suka tengok perempuan sedih atau kesusahan
-berperikemanusiaan
-sayang haiwan
-suka kanak-kanak atau bayi
-jujur/ ikhlas
-tak hipokrit
-tak merempit
-sensitif
-suka perempuan kerana keperibadian, bukan kerana rupa, pangkat, darjat
Pendek kata, kalau siapa dapat ni, memang untung besar la
KEKURANGAN :(
-jahil/ kurang ilmu agama
-kuat ponteng kelas
-orang paling cuak bila ponteng kelas, cepat menggelabah
-malas buat kerja rumah
-malas study
-duduk rumah main game je
-main cakap lepas je
-kadangkala abaikan perasaan perempuan
-suka menganjing secara suka-suka
-kadangkala mencarut dan menyumpah seranah
-suka menyakat (terutama perempuan)
-suka mainkan perasaan perempuan
-derhaka kat cikgu
-melawan cakap orang dewasa
-tak reti bersyukur
-zalim/ kejam
-sombong
-payah nak mintak maaf
-sumbat
-gila sikit
-tak pandai guna mesin basuh (bangang gila)
-suka simpan rambut panjang
-selalu nak menang je, takleh terima kekalahan
-ego yang sangat tinggi
Bila tulis pasal kekurangan, aku rasa sedih. Aku fikir, kenapa la aku ni teruk sangat. Well at least, aku jujur ceritakan segala ni. Bagi aku, biar la orang tahu, supaya mereka tak rasa tertipu dengan aku. Tak kesah la apa pun reaksi mereka dan penerimaan mereka, aku tak kesah, aku redha, sebab tu semua memang sikap aku, aku hanya perlu menerima setiap kelebihan dan kekurangan aku, lantas berusaha memperbaiki diri aku sendiri.
Kenapa takde orang yang sempurna di dunia ni? Sebenarnya, kita dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan supaya, bila kita jumpa life partner nanti, kita akan dapat cover kelemahan dia dan dia cover kelemahan kita. Ini bermaksud, kita akan jadi saling melengkapi antara satu sama lain, dan saling memerlukan. Sebab tu la kalau aku suka seseorang, aku tak kesah pasal kekurangan dia, kerana....
'aku bersedia mencintai kekuranganmu'.
wah, sweet gitu. haha. Tapi memang betul pun
P/s: Dalam dunia ni, takde orang yang perfect, so kita tak payah la nak sibuk kutuk dan mengata keburukan orang lain. Normal la kalau manusia buat silap dan ada kekurangan kan. That's all for today, thank you, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment