Assalamualaikum...... Haluuuuuuu.......
Ok, today I nak tulll..... Sejak bila aku bahasakan diri aku 'I'? Gedik gila.
(Semula)
Ok, hari ni aku nak tulis pasal benda benda typical berlaku dalam filem, samada korang sedar atau tak. Kalau sedar, baguslah. Kalau tak sedar, kau memang tak sedar diri.
Kebanyakan cerita yang kita tengok, selalunya mesti hero atau heroin cun. Memang tak sah kalau tak guna. Dan, mereka mesti dibantu oleh pelakon pembantu yang cool, awesome, style, dan setiakawan. Dalam hidup ni, benda macam ni payah nak berlaku.
Ok, kebanyakan cerita, masa awal-awal tu macam best je, kira kisah hidup pelakon tu ok je kia tengok. Bila pertengahan cerita, jalan cerita mula lembab, mengarut, merapu. Bila nak habis, kita dapat shocking ending. Macam tak kena je rasa. Selalunya Sinetron negara Indon la. Sebagai contoh, Safa Marwah, Cinta Melody, Bawang Merah Bawang Putih. Konflik yang berlaku terus merubah keseluruhan cerita tu. Datang pulak watak baru, lagi spoil. Kalau hensem atau cun, boleh diterima jugak.
Cakap pasal Bawang Merah Bawang Putih, korang ingat tak cerita tu? Ala, cerita tv3 tu, yang masa tahun 2005 2006 lebih kurang la. Tu, yang Revalina S.Temat berlakon dengan Nia Ramadhani tu. Ala, watak dia nama Alya, Siska, Fredi dan Andre tu. Cerita tu memang ngarut. Apa tak nya, percaya pari pari la, kahwin paksa la, magic la, beranak sebelum kahwin la. Yang aku tak tahan, kita layan je cerita tu, tapi ending dia? Ending dia, Alya tu cuma mimpi je pasal semua tu. Bangang tak? Kita layan mimpi dia selama beberapa bulan. Bapak lama nya mimpi. Cerita tu merosakkan akidah je.
CIRI CIRI PELAKON UTAMA TYPICAL: WATAK BAIK
-hensem/cun, tapi tak ketara sangat pada awal cerita
-miskin, kadangkala hidup merempat
-kekampungan/ sometime basteng
-ada kawan yang setia
-selalu kena buli
-senang ditipu/ dipengaruhi
-skema
-sopan
-terlampau baik, sampai kadangkala baik yang over
-pemaaf
-selalu dilindungi seseorang
-secretly had crush on the hero
-keluarga baik baik
-disatukan dengan pasangan yang hensem/cun
-tak suka balas dendam
-hidup selalu berakhir dengan happy ending
CIRI CIRI PELAKON UTAMA TYPICAL: WATAK JAHAT
-tak cun mana, tapi bajet hot/bajet cun
-dressup mahal
-market sial
-selalunya anak orang kaya, drive kereta mahal
-banyak geng disekeliling, tapi geng geng semua muka selenge, koya
-kuat buli, kuat pangkah orang lain
-kuat langgar peraturan
-kurang ajar/ rasa nak terajang je kalau tengok
-kuat marah/ pendendam
-member kuat backup walaupun buat salah
-permulaan cerita, couple dengan crush pelakon utama, tapi break
-mak ayah dia, sorang baik, sorang jahat. Kadangkala, dua dua jahat
-last last, dapat kat orang tak guna
-always seeking for revenge
-hidup malang
Erm, tu je kot. Rasanya korang pun dah tahu
AWIE pernah berkata, kalau korang tak puas hati dengan hidup korang, korang buat lah filem pasal hidup korang, storyline ikut korang, pelakon pun ikut korang.
Hadi berkata: Hidup ini ibarat filem, ianya penuh lakonan, dan ianya sementara. Tuhan itu ibarat director, kerana Dia yang menentukan segalanya. Kisah hidup kita ni ibarat storyline, semuanya dah diaturkan. Kita pula ibarat pelakon nya, kerana kita adalah watak utama bagi hidup kita sendiri. Dan kenapa kita ni pelakon? Ya, pelakon banyak berpura pura, sama la seperti manusia, banyak berpura pura dalam hidup. Bumi ini, sama seperti shoot location. Tanpa bumi, kita takde tempat nak shoot filem.
Ok, ni saja dari Hadi kali ni, sehingga bertemu lagi di lain hari dan waktu. So, have fun with your life, never regret if anything happened to you, just accept it and smile, and thank Allah because He gave us life. Assalamualaikum, see ya
No comments:
Post a Comment