Assalamualaikum. Haaalllooooo everybody. Ok, hari ni, saya, yang bernama Abdul Hadi bin Abdul Rashid ni, nak tulis pasal apa yang terjadi 'Kalau Hidup Ni Macam Dalam Game'. So, bagi aku, maybe tajuk ni agak menarik. So, kita mulakan....
Ok, actually, aku dah lama terfikir pasal tajuk ni. Aku suka bayangkan kalau hidup aku ni sama macam dalam game. Yeah, korang tau, banyak game kan, banyak yang best, ada jugak yang lame, tapi tak kesah la. Kita cakap pasal game yang bersesuaian je la.
Firstly, game yang boleh terjadi dalam hidup:
-GTA
-Harvest Moon
-Pro Evolution Soccer
-FIFA
-WWE
-Farmville
senang kata, game adventure la, yang ada manusia hidup dalam tu
Game yang takkan terjadi dalam hidup:
-Solitaire
-Purble Marble
-Spider Solitaire
game yang kita tak hidup dalam tu la
Ok, the point is, hidup kita ni mesti best, kalau dia ikut macam game. Kita bebas buat apa je, jadi apa je, orang takkan marah.
KELEBIHAN HIDUP MACAM GAME:
-boleh jadi siapa sahaja: rambut, muka, pakaian, fizikal, pemikiran, sekolah, rumah,
kereta, suami isteri, anak, keluarga, benda-benda yang
berkaitan dengan hidup kita, semua nya bebas, tanpa had
tiada peraturan, semua free-rule. Kan best macam tu.
Kalau aku, nak rambut panjang yang style, muka mesti smart
pakaian menutup aurat, cerdik, sekolah best, rumah besar,
kereta best, isteri solehah, dan semua yang terbaik.
KEKURANGAN HIDUP MACAM GAME:
-kekurangan nilai murni: dalam game, mana ada perempuan tutup aurat, semua style
semua dedah-dedah, takde orang yang sopan, banyak tekanan,
boleh cheat code, kena tipu, kena ikut story line, tipu
diri sendiri, banyak kekecewaan, dan tak rasa macam hidup.
So, the conclusion is, jadi la seorang yang boleh bergembira dengan diri sendiri, takpayah la harap hidup ni macam dalam game (macam aku la), kerana kalau nak hidup yang gembira, kita kena la usahakan diri kita dan kehidupan kita kearah kegembiraan.
Sesungguhnya, hidup kita yang sekarang ni pun dah ok kan? So, tak payah la nak berangan macam-macam. Kita berpijak di bumi yang nyata. Perkara elok yang berlaku dalam game, boleh je berlaku dalam hidup kita, cuma kena usaha je la.
Sebagai contoh, perempuan ramai mengharapkan cinta yang ikhlas kan? So, diorang pun kena la pilih yang elok, yang jenis baik. Kalau pilih yang teruk, lepas tu mengharap. Bila tak jadi seperti yang diinginkan, mula la salahkan pasangan, tanpa memikirkan kemungkinan yang kita juga mungkin buat salah.
So, my point is, hidup kita ni cuma sekali, jalani la dengan baik, dan jauhi perkara yang boleh membawa kehancuran kepada diri, insyaAllah, hidup akan lebih bermakna. Itu je. Bukan payah pun. Just lakukan perkara yang betul, tapi boleh membahagiakan diri sendiri. Benda yang salah tak semestinya memberi kebahagiaan.
Ok, sampai sini dulu la. Aku pun dah takde point ni. So, see you later, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment