Assalamualaikum. Hai, hari ni last 2011, agak sedih untuk tinggalkan tahun yang mencabar ni. Well, dah banyak benda yang terjadi sepanjang tahun ni.
1. Aku masuk form 4 - Aku decide nak belajar komputer. Alhamdulillah, aku dapat aliran ICT. Well, aku mengaku, subject ICT ni memang aku minat, dan aku tak stress belajar semua ni.
2. Classmate baru - Okay, aku rindu classmate aku form1-form3 sebab mereka orang yang sama. Tapi, classmate form 4 aku ni kira ok gakm sebab diorang akan jadi classmate form 5 aku jugak bermula 4 Januari 2012 ni.
Classmate form4-form5 ku:
LELAKI - Aku, Alif, Rayme, Buloi, Syahmi, Zimie, Black, Amin, Adam, Azri, Mubin, Kumid, Syahmi Shukri, Khali, Firdaus Faiz, Pian, Adlee, Wadie, Eizlan, Zharif, Zul, Jong, Madan
PEREMPUAN - Alya, Nisa, Tya, Jannah, Sarah, Ain, Faiey, Wei Man
3. Seminar Multimedia Pertama - Budak ICT pergi Kolej Universiti Shahputra. Krew Les Copaque datang. Upin Ipin boh. Ida Rahayu ada boh. Dialah suara Fizi tu. Lepas tu, ada Seminar Cyber Security. Memang best la pergi situ.
4. School Football - Okay, tahun ni aku berjaya main untuk team sekolah. Main untuk team under-16 sekolah. The best thing is, jersi nama sendiri tu. That mean, adalah satu jersi tu, belakang tertulis 'HADI 9'. Bangga tu. No 9 tu bersempena nombor Torres, player favourite aku.
5. Computer Skills - Tahun ni, aku main pro dengan multimedia. Setakat Photoshop tu, mainan je bagi aku. Vegas pun dah boleh. Kiranya sekarang ni, aku boleh edit gambar, video dan suara. Benda ni memang akan sangat berguna untuk aku.
6. Raja Lawak - Kalau sebelum ni, setiap tahun ada satu je pertandingan lawak, tahun ni ada 3. Raja Lawak 5, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega. The champions are Man (RL5), Sepah (ML), Osbon (MLM)
7. Sukan Sea - Malaysia menang bola. Ittu yang paling heboh tu. Penalti Baddrol Bakhtiar, captain under-23 dah bagi kita kemenangan. As a Malaysian, aku bangga.
8. Kemuncak Hidup Sekolah Menengah - Form 1 hingga Form 3, aku tak masuk apa apa benda pun. Tapi bila form 4, macam macam aku masuk. Pertandingan Video Merdeka Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Video UBK Peringkat Daerah (wakil Kuantan) dah banyak bagi aku pengalaman.
9. Break-up - Okay, hubungan yang dibina sejak 6 Julai 2009 telah berakhir pada 28 Julai 2011. Hubungan selama 2 tahun 1 bulan 22 hari tu berakhir tanpa diduga. Well, maybe takde jodoh dengan dia kan. Takpe, sekarang ni single, rasa macam sunyi sikit, tapi kira okay la, aku terlalu muda untuk semua ni.
10. Scandal and Crush - Tahun ni, banyak gila scandal aku :P haha. Ada je orang yang dikaitkan dengan aku. Taktau la kan, tapi rasanya, aku dah kena macam ni sejak form 1 lagi. Sejak form 1, sentiasa ada perempuan yang dikaitakan dengan aku. Pasal crush, aku memang ada crush tahun ni, hehe. Comel wooooo.. Rahsia la siapa kan. Tapi rasanya, ada orang dah tau
Okay, sampai sini je kot. Aku ada banyak lagi nak tulis, tapi aku dah tak berapa ingat. Kalau tulis belaka, kang panjang sangat pulak kan. So, the conclusion is, setiap tahun akan menjadi lebih bai dari sebelumnya. Sebab tu bila awal tahun, kita cakap 'i miss last year' dan bila akhir tahun 'this is the best year'. That's all for today and this year. Mulai esok, aku nak buat post pasal 2012 pulak.
p/s: Sorry kalau ada salah bahasa tahun ni maafkan aku. Korang dah bagi tahun aku menjadi tahun terbaik aku. Goodbye 2011, well hello, 2012. 2012 is gonna be my year
No comments:
Post a Comment